Monday, April 29, 2013

Apam Gebu

Resepi Apam Gebu
Tepung Kek 2 1/2 cawan
Santan serbuk 1 packet
Telur 2 biji
Gula 1 1/2 cawan
Air suam 1 cawan
Baking Powder 2 1/2 sudu kecil
Ovellete 1 sudu
Pewarna
Filling ikut suka ( saya letak filling coklat ngan kacang merah )
Paper cup
Bekas kuih lompang

Cara-caranya
Telur, gula dan ovelette dipukul dengan kelajuan max sehingga kembang dan menjadi putih
Masukkan santan serbuk yg dibancuh dgn air suam dan tepung (yg telah diayak bersama2 baking powder) dengan kelajuan paling minimum.
Letakkan pewarna dan kacau rata..
Acuan lompang yang telah diisi dgn papercup (size cup nie sama cam utk london almond yer).
Adunan yg telah dibahagikan kepada beberapa warna dan diisi ke dlm piping bag bersama2 filling.
Isikan adunan ke dlm papercup separuh jer yer.
Isikan fillingnyer pula.
Lepas tue isi semula adunan utk penuhkan papercup.
* Kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana( jangan guna api yang besar nanti apam merekah huhuhuhuu )

Friday, April 26, 2013

Semoga mendapat jodoh yang baik....





SURAH YANG PERLU DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG:




10 Perkara yang Isteri suka Suami buat.

  • "Saya suka suami mencuim saya bila nak pergi kerja"
  • "Saya suka suami saya selalu memeluk saya"
  • "Saya suka suami saya peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga"
  • "Saat yang paling gembira bagi saya adalah ketika tangan saya dipegang erat suami"
  • "Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa"
  • "Saya sangat suka kalau suami saya selalu ucap i love you pada saya"
  • "Saya rasa terharu bila sekali sekala suami masak untuk saya"
  • "Saya suka suami senyum pada saya"
  • "Suami saya jarang memuji saya. Saya suka kalau dipuji"
  • "Saya harap suami saya selalu menghubungi saya"

10 perkara yang Suami nak Isteri tahu



  • "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"
  • "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur,selalu abang yang mula dulu!". Ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.
  • "Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"
  • "Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"
  • "Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"
  • Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?".
  • "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"
    "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"
    "Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"
  • "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."

Tuesday, April 23, 2013

Ais Krimm Malaysia...


Pas balik kijer arini sy n hubby pg Giant beli barang rumah. Pastu tiba kat tempat plastik tetiba nampak plastik aiskrim ni...so terus beli dan bersemangat nk wat ais krim. Hubby nk perasa jagung...cari punya cari dalam Giant tak jumpa. Pastu cari plak kat kedai runcit kat rumah...hampa tak dak jugak. Tapi sampai kat umah tetap bersemagat masak air gula n wat ais krim yang sungguh berkhasiat wat anak-anak tersayang menggunakan kordial yang ada kat umah. Ais krim Ribena Strawberry, Aiskrim sarsi n bandung. Tunjuk kat Qistina, macam biasa la dia tak sabaq nak makan. So mama bgtau esok baru boleh makan sebab cair lagi, Qistina pun kiss mama sambil bgtau Sayaaaangggg Mama...huhuhuhuhuhu. Mama pun sayang Ayong...

Saturday, April 20, 2013

Wanita yang HEBAT


Resepi Butter Cup Cake Yang Simple...

Jangan tak caya hubby saya yg tlg wat cup cake ni. Tq sayangggg..ni pon first time sayer wat cup cake..so wat yg simple2 la dulu kan. ok ni resepinyerrrr

Bahan-bahannya

Butter 250 gram
Gula 220 gram
Telur 5 Biji
Tepung Naik Sendiri 250 gram
Susu cair 1/2 cawan
Air Suam 2 camca
Esen Vanilla
Pewarna

Cara-caranya

Pukul butter dan gula perlahan-lahan sampai kembang
Pastu masukkan teloq sebiji-sebiji
Masukkan esen vanilla
Masukkan susu cair n kacau
Masukkan air suam n kacau
Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit n kacau
Bahagikan kpd tiga n tambahkan pewarna
Masukkan dlm paper cup
Bakar dlm oven suhu 190' selama 25 minit
Akhir skali ngappp lerrr.....


Tarrrraaaa...dah siappppp. Alhamdulillahh jadik...cuak gak td takut tak jadik.
Jemput makan kawan-kawan


Jom buat coklat sendiri di rumah....

Hari ni bangun di kala Subuh hari saya dh buat coklat...nk buat malam tadi tak larat walupun puteri Qistina dok merengek-rengek ' mama buat la coklat ayong '..huhuhuhuu '. So lepas solat subuh terus ke dapur membuat coklat buat puteri kesayangan. Si Adik Danish tak suka makan coklat..sama mcm papa dier. First time ni nk wat coklat sendiri....tapi Alhamdulillah menjadi jugakkk. Qistina bangun dari tidur tersenyum bila tgk coklat dier dah siap. Apa lagi terus makan la...senang jerk rupa-rupanya nk wat coklat ni..mujur akak kat kedai kek semalam tak lokek ilmu ajar camaner nk wat coklat n bahan-bahannya sekali...so ini la hasilnya coklat sayer. Yg dlm paper cup tu sayer letak hazel nut...ikut kreativiti sendiri la yer...


TIPS DOA UNTUK ANAK AGAR LEMBUT HATI , PINTAR DAN SOLEH



   a) Baca Fatihah (1 kali ) 

       b) Baca Ayat Kursi (1 Kali )

                 c) Baca Surah al - Insyirah (1 kali )


                                                               d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali )ayat
 

Kemudian hembuskan di ubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar solat dan lain-lain.
 atau 
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

INFO: Tip untuk ibu bapa
·         Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
·         Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
·         Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
·         Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Solat Dhuha : Cara Buat Solat Dhuha.


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.



Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha 
(surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;

 Surah 
Ad-Dhuha :)


 Surah 
As-syams :)


Doa Solat Dhuha...
printt pon bley :)

Salam perkenalan....



السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Salam sejahtera
Selamat berkenalan semua.....jom kita berkongsi ilmu di blog sayer.